Thursday, February 12, 2009

Underground Project - Gunung Bubu


Seingat aku, lepas aje balik dari Gunung Kinabalu aku ada join projek dengan team Harapan untuk XPDC Gunung Bubu (Ulu Kenas, Perak). Projek ni pun tiba-tiba je aku ikut. Info tentang projek ni aku dapat tau masa lepas Sembahyang Jumaat kat Masjid USM. Then aku inform Rizam untuk join gak. So, deal..projek ni aku & Rizam ikut serta.


Kita orang gi x ramai, maybe xsampai 20 orang. Pegi dengan motor je ke Kuala Kangsar. Harvesack kita org semua muatkan dalam sebuah Perodua Kancil. Kita orang bertolak dalam pukul 10 lebih (kalo xsilap). Guider yang bawa kita orang ialah Iman, orang Kelantan (sebelum ni aku ada jumpa then dia cakap nak sambung PHD). Lebih kurang 1 pagi lebih baru sampai di Ulu Kenas, nipun sebab ada tayar motor pecah dalam perjalanan.

Awal pagi baru kitaorang start trekking, aku siap bawa khemah KRU, barang pun xbawa banyak maklumlah 1 malam je. Tempat ni sejuk & banyak pacat yang besar2..so banyak kali jugak aku kena. Tapi apa yang xdapat aku lupa ialah masa trekking. Kaki aku 'cramp' dua2 belah. Memang sakit aku rasa, maklumlah masa tu aku xkenal sangat team member ni, so tahan ajelah..Bila je rehat, terus je aku sapu minyak panas. Bila dah lega, terus je aku pulun naik. Penat jugak coz ia asyik mendaki je..

Kawasan puncak pun xseluas mana, lepas je kitaorg sampai, ada juga 1 group lagi yang sampai..so crowded jugaklah puncak tu..view gunung ni boleh tahanlah...apapun, Alhamdulillah projek ni berjalan dengan baik dan selamat.

No comments:

Post a Comment