Thursday, February 12, 2009

The Beginning

Tahun Pertama aku kat USM, aku dah mula join projek outdoor dengan (KRU) Kelab Rekreasi Unisains. Projek pertama aku ialah XPDC Gunung Tahan iaitu mendaki dari Merapoh then turun di Kuala Tahan. Presiden KRU tahun 2000/2001 kalo x silap aku ialah saudara Rakesh Sala. Jawatan yang aku terima untuk projek XPDC ini ialah as a AJK Keselamatan.


Banyak pengalaman yang aku dapat dari projek ni, sememangnya aku minat outdoor since sku belajar diKolej Sultan Abdul Hamid (Kedah). Masa tu aku join 'Pengakap Laut'. Sempat juga camping di Bukit Hijau & sekolah.

XPDC Gunung Tahan ni membuatkan aku dapat ramai kawan, antaranya Jaq, Nazri Kuala Ibai, Pak Rud, Pak Din, Yantie, Fut, Zura, Aimi, Liya, Ieha, Nisak, Amy, & Ad..ada lagi yang aku dah xberapa ingat nama sekarang ni, tapi aku still cam kawan-kawan ni, maklumlah projek nipun memakan masa yang lama. Kitaorang juga siap buat camp training kat tapak konvo ..




Projek ni juga membuatkan minat aku bertambah untuk sertai outdoor. Berbekalkan kamera dengan beberapa 'roll' filem, aku suka ambik gambar2 yang bagi aku menarik....view yang paling aku suka ialah masa berada kat area Bukit Botak & Padang...view yang cantik, menunjukkan kebesaran Yang Maha Esa...Alhamdulillah..




2 comments: