Wednesday, April 1, 2009

XPDC Transtitiwangsa


Projek ni merupakan projek kelolaan aku pada tahun 2001 di USM. Antara pengiring yang turut serta pada projek ni ialah En. Razak bersama dengan team PRFA iaitu Abg Hazri (last week aku jumpa di Sunway Carnival ) & Abg Sham. Walaupun projek ni tidak mencapai matlamat sepenuhnya iaitu dengan menyambung terus pendakian ke Gunung Irau & Gunung Berinchang, namun ianya berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Namun begitu, terdapat juga masalah yang berlaku di penghujung perjalanan projek ini. Kepada kengkawan, ni merupakan projek yang best & kita xtau bila plak dapat buat projek macam ni, al-maklumlah dah ramai yang berkeluarga sekarang. By the way, thanks untuk chip (gambar ni aku ambik dari fotopages)

Day 0
Starting point adalah di Intake,Ulu Kinta,Ipoh.

Day 1
Campsite di Kem Kijang.

Day 2
Campsite di Puncak Gunung Korbu ( G7 - puncak kedua tertinggi selepas Tahan ) @ Puncak Gunung Gayong ( G7 ) ( view disini lebih cantik dari Korbu )

Day 3
Kem H2o ( tepi sungai )

Day 4
Puncak G7 yang ketiga Gunung Yong Belar

Day 5
Last check point Dam Blue Valley,Cameron Highland.


Thursday, February 12, 2009

Underground Project - Gunung Bubu


Seingat aku, lepas aje balik dari Gunung Kinabalu aku ada join projek dengan team Harapan untuk XPDC Gunung Bubu (Ulu Kenas, Perak). Projek ni pun tiba-tiba je aku ikut. Info tentang projek ni aku dapat tau masa lepas Sembahyang Jumaat kat Masjid USM. Then aku inform Rizam untuk join gak. So, deal..projek ni aku & Rizam ikut serta.


Kita orang gi x ramai, maybe xsampai 20 orang. Pegi dengan motor je ke Kuala Kangsar. Harvesack kita org semua muatkan dalam sebuah Perodua Kancil. Kita orang bertolak dalam pukul 10 lebih (kalo xsilap). Guider yang bawa kita orang ialah Iman, orang Kelantan (sebelum ni aku ada jumpa then dia cakap nak sambung PHD). Lebih kurang 1 pagi lebih baru sampai di Ulu Kenas, nipun sebab ada tayar motor pecah dalam perjalanan.

Awal pagi baru kitaorang start trekking, aku siap bawa khemah KRU, barang pun xbawa banyak maklumlah 1 malam je. Tempat ni sejuk & banyak pacat yang besar2..so banyak kali jugak aku kena. Tapi apa yang xdapat aku lupa ialah masa trekking. Kaki aku 'cramp' dua2 belah. Memang sakit aku rasa, maklumlah masa tu aku xkenal sangat team member ni, so tahan ajelah..Bila je rehat, terus je aku sapu minyak panas. Bila dah lega, terus je aku pulun naik. Penat jugak coz ia asyik mendaki je..

Kawasan puncak pun xseluas mana, lepas je kitaorg sampai, ada juga 1 group lagi yang sampai..so crowded jugaklah puncak tu..view gunung ni boleh tahanlah...apapun, Alhamdulillah projek ni berjalan dengan baik dan selamat.

Mega Projek

Mega Projek KRU tahun 2001 ialah XPDC Gunung Kinabalu. Projek ni agak mencabar, dalam usaha untuk mendapatkan penajaan. Banyak perkara yang aku & rakan2 lain belajar semasa & selepas join projek ni.




Bagi mendapatkan sumber kewangan, pelbagai idea dicurahkan bagi menarik penaja untuk menyalurkan wang bagi menampung projek ini. Antara idea yang dilontarkan ialah :

  • Memasang Jaguh di Gunung Kinabalu (if aku silap korang betulkan)
  • Memakai pakaian tradisional di puncak. (menjadi kenyataan)
  • Mendermakan pakaian terpakai kepada rumah anak yatim di Sabah

Ini antara yang aku ingatlah, if ada yang kengkawan ingat, boleh updatekan...Pengarah bagi projek ini ialah Wan Stone Cold. : )

Pelbagai latihan dijalankan sebelum bermulanya projek ini, antaranya ialah mendaki Bukit Bendera (waktu malam), mendaki Bukit Jambul (waktu malam), dan mendaki anak tangga (Bukit - Dusun).


Semasa projek ini dijalankan, makin ramai kawan baru yang aku kenal antaranya ialah Syed, Shidot, Shahneezam & juga Keyo. XPDC ni juga diserta ramai Chinesse. Maklumlah objektif projek ni melibatkan 'Pemakaian Pakaian Tradisional di Puncak'. Pegawai pengiring pada masa ni ialah En Hifni (kalo xsilap ejaanlah), beliau turut membawa Kamera Video bagi merakam setiap detik perjalanan XPDC ini.



Projek ni sememangnya membuatkan nama Kelab Rekreasi Unisains gah di USM. Pelbagai projek berjaya dilaksanakan dengan adanya sumbangan dari Hal Ehwal Pelajar USM sendiri. Hinggakan majlis pelancaran ini turut diadakan di Kaki Gunung Kinabalu.




Alhamdulillah, projek ini berjalan dengan baik dan lancar. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti memakai pakaian tradisional di puncak Kinabalu, mendermakan pakaian terpakai, melawat rumah anak yatim, membeli belah di Pasar Tamu Kota Belud, Pantai Tanjung Aru, Pulau Manukan dan juga Pasar Filipina.

2nd - Gunung Korbu

2nd projek gunung yang aku join dengan KRU ni ialah XPDC Gunung Korbu. Projek ni turut disertai oleh Team PRFA Pulau Pinang. Guider & Pengiring seingat aku masa ni ialah Abg Nan, Abg Hazry, Abg Sham & Pegawai Pengiring Unit Sukan kali ni ialah En Razak Saidin.




Projek ni short je, tapi agak mencabar coz di puncak xde sumber air..so terpaksa bawa bekal air untuk bekalan di puncak. Masa ni juga aku x bawa 'Sleeping Bag'. maybe Rizam pun xbawa gak..Projek kali ni, ramai gak member baru yang aku kenal, antaranya Izzeren, Rafek. Projek ni juga ada peserta Indian, aku pun dah xingat nama dia..anyway, alhamdulillah projek ni berjalan dengan lancar.



other pic : http://sports.webshots.com/album/133548704QxRmJP

The Beginning

Tahun Pertama aku kat USM, aku dah mula join projek outdoor dengan (KRU) Kelab Rekreasi Unisains. Projek pertama aku ialah XPDC Gunung Tahan iaitu mendaki dari Merapoh then turun di Kuala Tahan. Presiden KRU tahun 2000/2001 kalo x silap aku ialah saudara Rakesh Sala. Jawatan yang aku terima untuk projek XPDC ini ialah as a AJK Keselamatan.


Banyak pengalaman yang aku dapat dari projek ni, sememangnya aku minat outdoor since sku belajar diKolej Sultan Abdul Hamid (Kedah). Masa tu aku join 'Pengakap Laut'. Sempat juga camping di Bukit Hijau & sekolah.

XPDC Gunung Tahan ni membuatkan aku dapat ramai kawan, antaranya Jaq, Nazri Kuala Ibai, Pak Rud, Pak Din, Yantie, Fut, Zura, Aimi, Liya, Ieha, Nisak, Amy, & Ad..ada lagi yang aku dah xberapa ingat nama sekarang ni, tapi aku still cam kawan-kawan ni, maklumlah projek nipun memakan masa yang lama. Kitaorang juga siap buat camp training kat tapak konvo ..




Projek ni juga membuatkan minat aku bertambah untuk sertai outdoor. Berbekalkan kamera dengan beberapa 'roll' filem, aku suka ambik gambar2 yang bagi aku menarik....view yang paling aku suka ialah masa berada kat area Bukit Botak & Padang...view yang cantik, menunjukkan kebesaran Yang Maha Esa...Alhamdulillah..




Intro


Assalamualaikum....

Blog!...dah lama aku explore tapi x serius sangat nak buat, so banyak blog yang siap separuh jalan, terus hilang macam tu je..lupa password, lupa username...then, it's gone...

watever pun, untuk buat blog ni, banyak masa juga kena spend..banyak benda kena belajar, even basic pun kita dah tau..kita tetap perlu belajar....aku pun still belajar..

Nama aku 'Mohd Azrien' @ 'ayien' @ 'outlastbreak' (webshots, gfoto.com)..dulu aku belajar di USM, degree dalam bidang Humanity, then aku sambung KPLI kat MPTI (Johor '05)...Sekarang, aku keje sebagai Tenaga Pengajar di salah sebuah Sekolah Kebangsaan di Pulau Pinang...