Thursday, February 12, 2009

Mega Projek

Mega Projek KRU tahun 2001 ialah XPDC Gunung Kinabalu. Projek ni agak mencabar, dalam usaha untuk mendapatkan penajaan. Banyak perkara yang aku & rakan2 lain belajar semasa & selepas join projek ni.




Bagi mendapatkan sumber kewangan, pelbagai idea dicurahkan bagi menarik penaja untuk menyalurkan wang bagi menampung projek ini. Antara idea yang dilontarkan ialah :

  • Memasang Jaguh di Gunung Kinabalu (if aku silap korang betulkan)
  • Memakai pakaian tradisional di puncak. (menjadi kenyataan)
  • Mendermakan pakaian terpakai kepada rumah anak yatim di Sabah

Ini antara yang aku ingatlah, if ada yang kengkawan ingat, boleh updatekan...Pengarah bagi projek ini ialah Wan Stone Cold. : )

Pelbagai latihan dijalankan sebelum bermulanya projek ini, antaranya ialah mendaki Bukit Bendera (waktu malam), mendaki Bukit Jambul (waktu malam), dan mendaki anak tangga (Bukit - Dusun).


Semasa projek ini dijalankan, makin ramai kawan baru yang aku kenal antaranya ialah Syed, Shidot, Shahneezam & juga Keyo. XPDC ni juga diserta ramai Chinesse. Maklumlah objektif projek ni melibatkan 'Pemakaian Pakaian Tradisional di Puncak'. Pegawai pengiring pada masa ni ialah En Hifni (kalo xsilap ejaanlah), beliau turut membawa Kamera Video bagi merakam setiap detik perjalanan XPDC ini.



Projek ni sememangnya membuatkan nama Kelab Rekreasi Unisains gah di USM. Pelbagai projek berjaya dilaksanakan dengan adanya sumbangan dari Hal Ehwal Pelajar USM sendiri. Hinggakan majlis pelancaran ini turut diadakan di Kaki Gunung Kinabalu.




Alhamdulillah, projek ini berjalan dengan baik dan lancar. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti memakai pakaian tradisional di puncak Kinabalu, mendermakan pakaian terpakai, melawat rumah anak yatim, membeli belah di Pasar Tamu Kota Belud, Pantai Tanjung Aru, Pulau Manukan dan juga Pasar Filipina.

1 comment: