Wednesday, April 1, 2009

XPDC Transtitiwangsa


Projek ni merupakan projek kelolaan aku pada tahun 2001 di USM. Antara pengiring yang turut serta pada projek ni ialah En. Razak bersama dengan team PRFA iaitu Abg Hazri (last week aku jumpa di Sunway Carnival ) & Abg Sham. Walaupun projek ni tidak mencapai matlamat sepenuhnya iaitu dengan menyambung terus pendakian ke Gunung Irau & Gunung Berinchang, namun ianya berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Namun begitu, terdapat juga masalah yang berlaku di penghujung perjalanan projek ini. Kepada kengkawan, ni merupakan projek yang best & kita xtau bila plak dapat buat projek macam ni, al-maklumlah dah ramai yang berkeluarga sekarang. By the way, thanks untuk chip (gambar ni aku ambik dari fotopages)

Day 0
Starting point adalah di Intake,Ulu Kinta,Ipoh.

Day 1
Campsite di Kem Kijang.

Day 2
Campsite di Puncak Gunung Korbu ( G7 - puncak kedua tertinggi selepas Tahan ) @ Puncak Gunung Gayong ( G7 ) ( view disini lebih cantik dari Korbu )

Day 3
Kem H2o ( tepi sungai )

Day 4
Puncak G7 yang ketiga Gunung Yong Belar

Day 5
Last check point Dam Blue Valley,Cameron Highland.